Sunday 21 December 2008

Nasi Kukus Lokasi Bandar Bukit Puchong


Nasi Kukus. Bandar Bukit Puchong
Saya pernah bermotosikal dari kajang hinggalah ke Bandar Bukit Puchong krn adek saya bagitahu bahawa ada sebuah gerai dibuat daripada kayu ( ala2 gerai haram ) yg menjual nasi kukus. Istimewanya lokasi gerai itu agak strategik kerana ianya terletak dijalan masuk ke kawasan perumahan bandar Bukit Puchong. Saya perhatikan ramai pekerja yg pulang dari bekerja telah singgah dahulu utk mendapatkan sebungkus dua pada anak isteri. Saya juga mengambil kesempatan utk mencuba setelah adek saya sendiri mengakui keenakannya. Harga yg ditawarkan agak berpatutan iaitu RM4. sebungkus. Saya juga membeli sebungkus utk kakngah krn kakngah pandai menilai kesedapannya. Dia dgn selamba mengakui keenakkanya.. Ciss cemburu dibuatnya!
Begitulah sebuah perniagaan makanan yg saya rasa tidak akan putus rezkinya krn setiap hari terutama dikotaraya Kuala Lumpur ini penduduknya adalah terdiri pd mereka yg alah membeli menang memakai -asalkan sedap.Maka saya akan merebut peluang ini walaupun utk sesuap nasi, nasi kukus!








Wednesday 26 November 2008

Nasi Dagang- permulaanya hanya kegemaran.

Nasi Dagang-permulaanya hanya kegemaran.

Owh, masa saya belum remaja ( zaman sekolah rendah ), saya tinggal di sebuah bandar yg baru dirancang iaitu di bandar Muadzam Shah, Pahang. Bukanlah saya mahu menceritakan bandar tersebut ( yg telah saya tinggalkan hampir 10 tahun) tp saya terinagt masa itu setiap hari Sabtu ada Pasar Tani di tapak CRK. Emak saya puan Normadiah jamaluddin, ya, dialah yg memperkenal makan berasal dari Pantai Timur ini. Aduh memang enaknya pertama kali nak kecil itu menelan dgn lahapnya ( sayalah tu ). Kini saya telah lama meninggalkan kenangan itu, kenangan pertama melantak nasi dagang, sya tahu mustahil utk diulangi masa lalu tapi saya tahu saya mampu mencipta sejarah pd anak kecil yg lain! Bagaimana ye? owh saya mahu berniaga nasi dagang lah!

Ya Saya Mahu Berniaga Nasi Dagang....ye yeah 9 ikut nada anak kecil )
p/s ketika artikel ini ditulis, saya telah menjual hampir 101 bungkus nasi dagang...
dan sejarah pun tercipta untukku!