Wednesday 29 December 2010

Tom Yam

Nanti aku bgtau kat mana tom yam yang best

Monday 25 October 2010

Nasi Ulam

Restoran Nasi Ulam terletak di bandar Reko Kajang.

Thursday 30 September 2010

Nailis Place

Ade kt sentul kl sempoi lah
nanti aku citer lebih detail

Monday 23 August 2010

Ayah Kaya

Salam
Antara restoran eksklusif yg pernah dimiliki oleh rakyat malaysia. Masakan tempatan yg diangkat menjadi makanan utma di restoran ini, disamping makanan barat. Saya cuba nasi ayam dan minuman disini. Boleh dikatakan sedap juga. Persekitaran yang bersih dan eksklusif sesuai untk membuat temujanji dengan 'client' insuran saya. Perkhidmatan WiFi percuma~! Sydah tentulah. Kata eksklusif kann...

Thursday 15 July 2010

Encik Cendol


Cendol mmg sudah lama org tahu keenakkannya. Kalau anda hendak ke Lumut/Pangkor/Teluk batik, jangan lupa singgah ke gerai Mr Cendol yg bersebelah dgn stesyen minyak Petronas menghala ke Batu Gajah/Ipoh.

Agak sederhana shj gerai mr Cendol, tp ok ok lah utk mengisi perut membasah tekak melayan kemanisan cendol hijau Mr Cendol. selain itu kepelbagaian mee juga dijual dan sy cadangkan mee hailam. Harga sudah pasti murah cuma sedikit kekurangannya ialah anda bakal digigit nyamuk sebab meja makan adalah diletakkan dikawasan terbuka!

Tuesday 25 May 2010

Restoran Mak Engku

Salam

Say suka tinggal di seksyen 7, Bangi. Banyak restoran melayu yg sy boleh singgah makan minum. Semalam sempat sy rembat ikan masak kari kt restoran ni. Restoran ni biasa2 aje tp boleh lah utk isi perut yg lapar masa tengahhari. Siapa2 boleh dtg cuba ye. Sokonglah restoran melayu. Siapa lg klu bukan kita sesama melayu kan...

Monday 17 May 2010

Warong Kita

Salam

Akhirnya saya singgah juga ke restoran Warung Kita semasa saya menunggu keretapi ke Ipoh pd Sabtu 1 Mei 2010. Saya sempat merasa nasi ayam & teh ais di restoran ini. Oklah utk mengisi perut. Gerai yg bersih & kemas. Saya xpasti apa menu istimewa di restoran ini tp saya memilih restoran ini sebab muak dgn restoran fastfood disekeliling KL Sentral.


Salam

Monday 26 April 2010

Nasi Campur Ayam Kampung

Salam
Saya & isteri tercinta telah singgah buat pertama kalinya ke Restoran Nasi Campur Ayam Kampung ( owner org Kelantan ) di seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Setelah beberapa kali ter"skip" ke restoran lain semasa mahu menjamu selera di bandar Bangi.

Ayam Kampung gorengnya agak kecil tapi amat berbaloi pabila gigi anda mula menggigit & mengunyah ayam kampung yg sedap lagi empuk. Kebanyaka menu yg disediakan di restoran itu menepati masakan selera kampung pantai timur.

Harganya amat berbaloi. Silalah datang mencubanya & menilainya. Restoran Melayu Utk Semua Bangsa!

Saturday 6 March 2010

Nasi Lemak Jusco Mid Valley

Salam

Pada hari Rabu yg lepas, aku & isteri mencuba Nasi Lemak yg terletak didalam Jusco Mid Valley. Nasi lemak tu ade ayam kari, timun, papadom kecik, sambal yg sedap. Harga agak mahal rm5 tapi berbaloi baloi memakannya. Lagipun envoirementnya bersih. Korang cubalah makan. Sedap siot!

Saturday 20 February 2010

Mee Rebus Ramli

Salam

Kalau saya pergi ke Ipoh, sesekali saya akan singgah ke sebuah restoran yg agak "pioneer" di bandaraya Ipoh. Restoran Mee Rebus Ramli yg terletak ditengah bandar Ipoh menyedia rasa mee rebus yg agak sedap juga dimakan. Harganya berbaloi dgn rasa kari & mee rebus tersebut. jarang sekali saya makan semangkuk. Mesti 2 mangkuk saya bedal.

Saturday 13 February 2010

Nasi Ganja

Salam.

Penah ke dengar Nasi Ganja? haa Nasi Ganja ini ada di Ipoh dekat Jalan Yang Khalsom. Nasi Ganja ni samalah dgn Nasi Kandar. Ada ayam goreng berempah, sayur taugeh, popodom & kuah "Ganja" Mungkin dinamakan Nasi Ganja sebab lepas makan akan rasa "high". Harga rm3 sepinggan. Saya harap lepas makan AADK & polis takkan lakukan urine test kpd pelanggan. Hahahaha

Cubalah buat duit online! Korang klik pd link ni!