Monday 26 April 2010

Nasi Campur Ayam Kampung

Salam
Saya & isteri tercinta telah singgah buat pertama kalinya ke Restoran Nasi Campur Ayam Kampung ( owner org Kelantan ) di seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Setelah beberapa kali ter"skip" ke restoran lain semasa mahu menjamu selera di bandar Bangi.

Ayam Kampung gorengnya agak kecil tapi amat berbaloi pabila gigi anda mula menggigit & mengunyah ayam kampung yg sedap lagi empuk. Kebanyaka menu yg disediakan di restoran itu menepati masakan selera kampung pantai timur.

Harganya amat berbaloi. Silalah datang mencubanya & menilainya. Restoran Melayu Utk Semua Bangsa!