Monday 2 November 2009

Nasi Dagang- Ianya Kenangan Lalu

Saya akan membina semula gerai nasi dagang saya yg dilanggar lori balak ketika berniaga di tepi highway, habis periuk besar saya terpelanting dlm gaung dan kemungkinan besar gagal dijumpai semula.

Saturday 22 August 2009

Kopi-Oh

Salam jom berkunjung ke gerai Kopi-Oh di PJ New Town
layan gak...

Sunday 12 July 2009

Pau

Salam....

Nak rasa kuih pau yg lembut lagi empuk silalah ke gerai saya di seksyen 7 Bangi. Inti kaya, daging atau ayam... Sebiji 50 sen sahaja. Yg penting halal yakni 100% dibuat oleh org Islam.

Friday 20 March 2009

lapar dan lapar

mana nk cari tempat yg sedap???

Sunday 8 March 2009

Menjelajah ke Muar Johor

Salam
InsyaAllah saya kan menjelajah ke daerah Muar Johor utk merasai sendiri keenakan mee bandung Muar yg telah diketahui keenakkannya.

Tuesday 24 February 2009

Saturday 7 February 2009

Terbaru - Nasi Ayam PopLagenda

Terbaru dari kami ialah Nasi Ayam Poplagenda,
Nasi yg dikukus dan empuk, ayam direbus, distim dan digoreng perlahan, rasa sos kicap hitam sedap, sos cili merah tradisi melayu, dan sup sensasi yg boleh dihirup semacam itu sahaja.
Harga Rm3.50 sebungkus.

Wednesday 4 February 2009

Cawangan Baru Di Ipoh

Salam
Pada 3hb Februari 2009 saya telah membuka cawangan baru di Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak. Meh la datang.
Makanan yg dijual ialah Mee Udang, Mee Rebus & Laksa Penang

Monday 26 January 2009

Nasi Dagang Poplagenda ke UIAM




assalamualaikum wbt

Seawal tahun 2009 saya telah istiqomah utk melakukan solat sunat Dhuha 4rakaat. Kalau terlepas saya qada kan balik esok harinya. Saya sgt yakin tanpa perlu membodek dan mengampu sekalipun tak apa. Rezeki HANYA DARI ALLAH SWT. Mohonlah pada-Nya. Setelah bermohon pada-Nya, lakukan ikhtiar...Syukran saya menerima berita menggembirakan setelah usaha pemasaran saya akhirnya menarik minat seorang mahasiswa UIAM Gombak utk membantu saya memperkenalkan seterusnya memberikan peluang perniagaan disana. Saya tidak mahu cerita banyak mana yg perlu saya bekalkan kpd mahasiswa itu, cukuplah bg saya menampung hidup saya yg serba sederhana ini. Bagi saya beniaga yg berkonsepkan sedekah akan menanbahkan lagi rezeki kita dan diberkati-Nya.

Bagi mahasiswa & mahasiswi UIAM Gombak saya mohon jutaan terima kasih krn sudi menyokong perniagaan kecil saya ini. Inilah peluang terbaik kita bersama menaikkan ekonomi umat Islam dan seterusnya menyokong industri HALALAN TOIYIBAN. InsyaAllah. Jika sedap beritahu kawan, kalau tidak beritahu saya. Sama2 kita perbaiki kelemahan kita ya!

Wednesday 14 January 2009

D Naim Nasi Kukus


Sedap dan masih lagi menjadi pilihan kegemaran nasi kukus aku. Bg org2 KL khasnya org Pantai Dalam, gerai tepi jalan di Pantai dalam berhampiran stesyen Komuter Pantai Dalam ini adalah antara gerai menjual Nasi Kukus yg popular. Kelebihannya terletak pd saiz ayam goreng berempah yg sebesar penumbuk, kuah kari yg lazat beserta sambal & timun ditambah pula nasi kukus yg empuk membuatkan hampir setiap petang gerai ini dipenuhi pengunjung yg baru pulang kerja. Harganya agak mahal jugak iaitu RM4.50 tp tidak menjadi halangan utk tetap kekal sbg gerai kegemaran aku. Hampir kesemua pekerjanya adalah Kelantanese, dan jejaka! Oleh sebab itu jika ade awek comel lote sdg membeli nasi kukus disini, anda kene bersabar krn penjual2 nasi kukus D Naim mudah mesra ( mengayat jap )sehingga org lelaki lain pulak tunggu beratur panjang! Alhamdullillah pengusaha Nasi Kukus ini telah berjaya ( kaya ) hasil drpd gerai nasi kukusnya!
Walau bagaimanapun sy tetap menyukai nasi Kukus D Naim, krn resepinya adalah resepi asal dr Negeri Cik Siti Wan Kembang. Jgn lupa order sekali teh ais utk tambah selera anda.! Anda pasti kembali lagi!

Sunday 11 January 2009

Biz Card - Nasi Dagang



Biz Card - Versi 1

Alhamdullillah berkat pertolongan sahabat "graphic designer" Zarul Izman yg beri tunjuk ajar utk set-up formai .ai utk mencipta bizcard Nasi Dagang versi pertama saya. Ditambah pula pertolonagn encik Rosli Adam yg telh menunjukkan jalan dimata saya boleh dptkan harga terbaik utk mencetak unit 100 keping pertama bizcard nasi dagang sy ini. InsyaAllah semua maklumat telah saya catatkan dlam bizcard sy itu. Pembaharuan akan dilakukan pd versi ke-2. Jadi inilah permulaan promosi pertama sya dlm indusri penyediaan makanan tradisi melayu Pantai Timur. Pada sahabat yg telah membaca catatan ini, ingatkan sya spy saya hulurkan sekeping kad ini tanda anda menyokong usaha kecil saya ini.

Apa-apa pun sokongan anda lebih diperlukan, krn kdg kala tanpa bizcard yg cantik pun sesebuah perniagaan makanan boleh jd popular jika makana itu sedap & peniaganya pula ramah. Itulah sebenar2nya bizcard!