Sunday 21 December 2008

Nasi Kukus Lokasi Bandar Bukit Puchong


Nasi Kukus. Bandar Bukit Puchong
Saya pernah bermotosikal dari kajang hinggalah ke Bandar Bukit Puchong krn adek saya bagitahu bahawa ada sebuah gerai dibuat daripada kayu ( ala2 gerai haram ) yg menjual nasi kukus. Istimewanya lokasi gerai itu agak strategik kerana ianya terletak dijalan masuk ke kawasan perumahan bandar Bukit Puchong. Saya perhatikan ramai pekerja yg pulang dari bekerja telah singgah dahulu utk mendapatkan sebungkus dua pada anak isteri. Saya juga mengambil kesempatan utk mencuba setelah adek saya sendiri mengakui keenakannya. Harga yg ditawarkan agak berpatutan iaitu RM4. sebungkus. Saya juga membeli sebungkus utk kakngah krn kakngah pandai menilai kesedapannya. Dia dgn selamba mengakui keenakkanya.. Ciss cemburu dibuatnya!
Begitulah sebuah perniagaan makanan yg saya rasa tidak akan putus rezkinya krn setiap hari terutama dikotaraya Kuala Lumpur ini penduduknya adalah terdiri pd mereka yg alah membeli menang memakai -asalkan sedap.Maka saya akan merebut peluang ini walaupun utk sesuap nasi, nasi kukus!