Monday, 17 May 2010

Warong Kita

Salam

Akhirnya saya singgah juga ke restoran Warung Kita semasa saya menunggu keretapi ke Ipoh pd Sabtu 1 Mei 2010. Saya sempat merasa nasi ayam & teh ais di restoran ini. Oklah utk mengisi perut. Gerai yg bersih & kemas. Saya xpasti apa menu istimewa di restoran ini tp saya memilih restoran ini sebab muak dgn restoran fastfood disekeliling KL Sentral.


Salam

Monday, 26 April 2010

Nasi Campur Ayam Kampung

Salam
Saya & isteri tercinta telah singgah buat pertama kalinya ke Restoran Nasi Campur Ayam Kampung ( owner org Kelantan ) di seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Setelah beberapa kali ter"skip" ke restoran lain semasa mahu menjamu selera di bandar Bangi.

Ayam Kampung gorengnya agak kecil tapi amat berbaloi pabila gigi anda mula menggigit & mengunyah ayam kampung yg sedap lagi empuk. Kebanyaka menu yg disediakan di restoran itu menepati masakan selera kampung pantai timur.

Harganya amat berbaloi. Silalah datang mencubanya & menilainya. Restoran Melayu Utk Semua Bangsa!

Saturday, 6 March 2010

Nasi Lemak Jusco Mid Valley

Salam

Pada hari Rabu yg lepas, aku & isteri mencuba Nasi Lemak yg terletak didalam Jusco Mid Valley. Nasi lemak tu ade ayam kari, timun, papadom kecik, sambal yg sedap. Harga agak mahal rm5 tapi berbaloi baloi memakannya. Lagipun envoirementnya bersih. Korang cubalah makan. Sedap siot!

Saturday, 20 February 2010

Mee Rebus Ramli

Salam

Kalau saya pergi ke Ipoh, sesekali saya akan singgah ke sebuah restoran yg agak "pioneer" di bandaraya Ipoh. Restoran Mee Rebus Ramli yg terletak ditengah bandar Ipoh menyedia rasa mee rebus yg agak sedap juga dimakan. Harganya berbaloi dgn rasa kari & mee rebus tersebut. jarang sekali saya makan semangkuk. Mesti 2 mangkuk saya bedal.

Saturday, 13 February 2010

Nasi Ganja

Salam.

Penah ke dengar Nasi Ganja? haa Nasi Ganja ini ada di Ipoh dekat Jalan Yang Khalsom. Nasi Ganja ni samalah dgn Nasi Kandar. Ada ayam goreng berempah, sayur taugeh, popodom & kuah "Ganja" Mungkin dinamakan Nasi Ganja sebab lepas makan akan rasa "high". Harga rm3 sepinggan. Saya harap lepas makan AADK & polis takkan lakukan urine test kpd pelanggan. Hahahaha

Cubalah buat duit online! Korang klik pd link ni!

Monday, 2 November 2009

Nasi Dagang- Ianya Kenangan Lalu

Saya akan membina semula gerai nasi dagang saya yg dilanggar lori balak ketika berniaga di tepi highway, habis periuk besar saya terpelanting dlm gaung dan kemungkinan besar gagal dijumpai semula.

Saturday, 22 August 2009

Kopi-Oh

Salam jom berkunjung ke gerai Kopi-Oh di PJ New Town
layan gak...